Thursday, May 10, 2012

Sindrom Down


salam sayang untuk semua...
SINDROM DOWN....
korang pernah dengar tak perkataan di atas nih...mesti korang pernah dengar kan...
kalo ade antara korang yang masih belum taw ape itu yang dimaksudkan dengan Sindromw Doewn..jom nozi ,listkan maklumat - maklumat mengenai SD nih..

Sindrom Down ialah kecelaruan genetik yang disebabkan   oleh kehadiran sebahagian atau tambah kromosom 21.
Ia juga dikenali sebagai Trisonomi 21.
Sindrom Down berlaku dalam 13.65 kes setiap 10,000 kelahiran bayi, melibatkan hampir 5500 bayi di Amerika Syarikat setiap tahun. [Centers for Disease Control and Prevention, 2006]

80 %  daripada kes Sindrom Down mengalami kerencatan akal atau kekurangupayaan intelektual sederhana. [Pueschel, 1994; Roizen, 2002].

Masalah tingkahlaku dan psikologi seperti  ADHD dan kemurungan berlaku lebih kerap kepada kanak – kanak dengan Sindrom Down tetapi kurang berbanding kanak – kanak yang mengalami kekurangupayaan intelektual yang lain. 

Jenis-jenis SD ni ade tiga jenis iaitu yang pertama ialah TRISOMI, TRANSLOKASI DAN JUGA MOZEKISME

TRISOMI


Sebanyak 95 peratus kes Sindrom Down yang berlaku adalah disebabkan oleh Trisonomi 21 yang mana kromosom 21 gagal  berpisah dengan sempurna semasa proses pembahagian sel (meiosis). 


TRANSLOKASI


Hampir 4 peratus kes Sindrom Down yang berlaku pula disebabkan oleh translokasi yang melibatkan pemindahan segmen kromosom 21 yang melekat pada kromosom 14. [Tolmie, 2002

MOZEKISME

Kes Sindrom Down yang berlaku disebabkan oleh mosaicism ialah hampir 1 peratus.
Ia berlaku apabila terdapat penambahan satu salinan kromosom  21 selepas pembahagian sel yang menyebabkan penambahan kromosom  dalam  sel lain [lensin,2000]
Oleh itu, sindrom down mosaic mempunyai dua baris sel iaitu satu sel mempunyai bilangan kromosom yang normal iaitu 46 kromosom  manakala satu lagi sel mempunyai  47 kromosom.

CIRI - CIRI bagi SD ni boleh dibahagikan kepada 4 ciri iaitu dari segi kognitif, fizikal, tingkah laku dan juga bahasa

FIZIKAL

Mata serong dan ada lipatan  epikantal pada sudut dalam mata (epichantal fold)
Tulang hidung tenggelam/leper
Kaki yang lebar dan jari yang pendek
Leher pendek dan kepala kecil
Tangan pendek dan lebar dengan satu garisan di atas tapak tangan
Rongga mulut kecil
Bentuk telinga kecil dan dikedudukan yang rendah
Hiperfleksibel
Otot- otot badan lemah (Hyptonoia)


KOGNTIF 

Ingatan kerja visual spatial agak utuh khususnya apabila permintaan terhadap sesuatu tugasan memerlukan tahap kawalan yang rendah atau sederhana.
Kemerosotan komponen verbal dalam sistem ingatan kerja manakala visual spatial dalam kanak – kanak DS utuh.

TINGKAH LAKU

Cepat meninggalkan sesuatu tugasan dan akan mengelak untuk melakukan sesuatu tugasan.

Kesukaran mengenalpasti emosi seperti takut, marah, dan terkejut

Perkembangan  ‘joint attention’ atau  berkongsi minat/ tumpuan dengan rakan sebaya lewat.
Keagresifan rendah (bergaduh), dan kadar provokasi tinggi dan tahap tingkahlaku rendah (mengingkari arahan, suka membantah, suka menarik perhatian )
BAHASA
Dari segi bahasa ini pulak terbahagi kepada bberapa jenis aspek bahasa seperti fonologi, semantik, pragmatik, sintaksis.
1. FONOLOGI - Kelewatan perkembangan bahasa dan kesalahan bunyi, Menghilangkan menghilangkan suku kata contohnya“kanuntuk makan, mengurangkan konsonana  contohnyaalanuntuk jalan dan menghilangkan konsonan contohnyabuuntuk blue 
2.  SEMANTIK - Kanakkanak Sindrom Down mengalami kelewatan dalam perhasilan perkataan pertama dan perkembangan perbendaharaan kata  ekspresif. [Caselli et al., 1998; Mervis and Robinson, 2000; Berglund et al., 2001]
        Kajian terhadap kanak – kanank Sindrom Down berumur 1 – 5 tahun mendapati  peratusan kanak – kanak Sindrom Down tersebut berupaya untuk  mengeluarkan perkataan pertama  adalah 12 %  ketika berusia 12 – 23 bulan, 80%  ketika berusia 24 – 35 bulan, dan 90%  ketika  berusia 36 – 47 bulan. [Berglund et al. 2001] 
3. PRAGMATIK - Kurang suka mengambil kira keperluan pendengar sama ada tidak menunjuk tanda meminta penjelasan atau membantu pendengar memahami mesej yang disampaikan mereka.
4. SINTAKSIS - Kanakkanak Sindrom Down menghadapi penangguhan pertuturan dari satu perkataan kepada  dua perkataan yang lain. Kesukaran dalam penggunaaan fungsi tatabahasa seperti menggunakan imbuhan dalam pertuturan dan fungsi morfem terikat dan morfem bebas. (Chapman et al., 1998; Eadie et al.,2002]

        Maklumat di atas adalah hasil pembentangan kawan - kawan saya yg mana kami semua telah dibagikan tajuk iaitu jenis jenis masalah pembelajaran bagi pelajar pendidikan khas untuk dibentangkan..dan tugasan ni sudah kami bentangkan...
         p/s : diharapkan maklumat2 ni dapat beri pgetahuan serba sdkit kat korang sbb masih ramai orang yg masih belum taw pasal SD dan juga jenis - jenis kekurangupayaan masalah pembelajaran yang lain




2 comments:

  1. terjumpa info ni, juga pasal sindrom down… sharing is caring :) - - Masalah Genetik Punca Sindrom Down

    ReplyDelete
  2. thanks for the info..lage btmbah ilmu sy ;))

    ReplyDelete