Buah Delima


salam petang sume....



korang taw tak buah ape tu..korang suke makan tak buah ni....kalo nozi, nozi sngat suke makan buah ni sbb dye sangat la sedap dan sgt bnyk khasiat..nozi da addicted mkn buah ni sbb kat umah nozi ada tanam pkok buah ni..jadi kalo musimnya, alhamdulilah sungguh nikmat makan buah ni...meh nozi cter serba sdikit psal buah ni..
jom TERJAH:



Di antara potongan ayat yang terdapat di dalam al quran seperti berikut:,
"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima," [Surah al Rahman ayat 68].
 
Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Sudah tentu jawapannya buah delima mempunyai pelbagai khasiat.

Buah Delima terkenal dengan nama 'superfruit' mengandungi antioksidan yang tinggi,terdiri dari asid ellagik yang baik untuk melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukan buah delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk. Kajian keatas tikus makmal juga membuktikan delima mampu merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat. Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima mampu menstabilkan aras PSA.

Pengambilan buah delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras kolesterol jahat dan meningkatkan aras kolesterol baik. Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular. 

Kajian juga menunjukan buah delima boleh mencegah penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer setelah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tikus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak daripada rosak selepas tercedera.

Nozi sure kalo korang makan benda ni msti syok punyer...
kalo x penah makan lage buah delima, terjah2 la kat kedai buah mane2 cari buah ni..tp mahal ckitla kot...dan kalo korang nak taw jgak, daun buah delima ni sesuai tuk org yg kene crit brit..
korang makan je daun buah delima nih..tapi sgt la pahit..
kalo nak perut cepat baik moh la makan benda ni...
dah trbukti sbb dlu kalo nozi kene CB , mak nozi suh makan daun buah delima ni la..
ape lage, nozi makan pastu nak boleh telan daun ni YA ALLAH sangat la kelat rasenye...
hhehe..nat korang boleh cube kalo kene CB
hehehe...
SELAMAT MNCUBE ^^


cantik kan warna buah delima ni
oK SALAM...

Comments

Popular posts from this blog

segmen : i follow u follow by Emas Putih