10 gambar alat teknologi berkaitan dengan pendidikan khas




1. 






Intel telah memperkenalkan Intel Reader iaitu alat yang mampu mengubah teks tulisan menjadi teks digital dan  suara. Ia mempunyai paparan skrin 4 inci dengan kamera 5 megapiksel untuk mengambil gambar dari bahan bercetak seperti buku. Pengguna hanya perlu memegang Intel Reader di atas halaman yang ingin dibaca, kemudian ia akan mengambil gambar dan mengubah halaman tersebut kepada teks dengan huruf yang boleh diperbesarkan atau mengubahnya kepada suara. Dengan 2 GB storage, ia mampu menyimpan 600 snapshot halaman yang diimbas dengan 2 halaman per snapshot. Alat ini ditujukan untuk mereka yang mengalami kesukaran untuk membaca dan yang mengalami masalah penglihatan .


2. 



 Jam tangan yang boleh menerima SMS ini bernama Citizen i:Virt M Bluetooth Watch.Ia telah direka oleh Citizen,sebuah syarikat pembuat jam dari Jepun.Jam tangan ini berhubung dengan telefon bimbit melalui Bluetooth dan pengguna tidak perlu mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya untuk membaca mesej.Jam tangan ini hanya digunakan bersama telefon bimbit Softbank dan disney. Ia dapat memberitahu pengguna tentang panggilan masuk,mesej teks baru,membaca mesej teks,SMS,e mel dan berita RSS .


3. 






Alat yang dinamakan Soundlens ini boleh membantu bagi individu yang mengalami masalah pendengaran di mana alat ini mempunyai ciri – ciri yang bagus seperti bersifat digital, tidak dapat dilihat dengan pandangan sepintas lalu dan sepenuhnya diprogramkan mengikut kesesuaian umur pengguna. Keistimewaan yang lain bagi alat ini ialah mempunyai sistem suara IQ, kadar bunyi sesuatu suara dapat dikurangkan dan sistem pertuturan yang direka khas khusus untuk menapis suara atau bunyi yang dihasilkan. Berikut ialah bahagian – bahagian alat ini dan fungsinya :
a) ‘pure wave feedback eliminator’ – mengurangkan bunyi bingit yang menganggu untuk alat ini berfunsi dengan baik
b) Invisible in the canal – dilengkapi dengan sistem bantuan pendengaran dan membantu pemakai memakai alat ini dengan selesa tanpa dilihat oleh orang lain
c) T-remote control – digunakan untuk membaiki atau membetulkan ‘setting’ menggunakan telefon touch - screen

4. 



Sound-Bite bekerja dengan memanfaatkan teknik konduksi tulang untuk membesarkan suara. Teknik ini mulai sering digunakan untuk membantu masalah pendengaran berkomunikasi. Telah terbukti bahawa tulang sangat baik dalam penyampaian suara dalam tubuh.


5. 





Renault Twizy, Sebuah lagi kereta bandar ultra kompak yang mendapat perhatian di Paris baru-baru ini ialah Renault Twizy yang kelihatan seperti motosikal berbumbung dengan empat roda. Kereta ini mempunyai dua tempat duduk dengan tempat penumpang berada di belakang pemandu dan mempunyai 31 ruang kotak kecil di bawah kerusi belakang yang boleh dipertingkat untuk diletakkan dengan beg beli-belah atau beg suitcase.

Kereta dengan berat 450 kg, termasuk berat bateri 100 kg ini mempunyai motor elektrik 15kW dan kelajuan maksimum 75 km/j . Kereta ini boleh dibawa sehingga jarak perjalanan 97 km bagi sekali caj.

6.





Dinamakan EN-V (Electric-Networked Vehicle), kereta ini berupaya membuat pusingan 360 darjah, bergerak sehingga 25 bsj dengan menggunakan kuasa beteri. Bagi individu yang mengalami masalah fizikal seperti tidak boleh berjalan, boleh menggunakan kenderaan ini menggantikan kerusi roda di masa depan.

7. 



The Snail merupakan sebuah alat untuk membaca tulisan Braille yang bekerja dengan cara disentuhkan melewati huruf – huruf Braille. Kemudian, hasil Scan akan didengarkanmelalui speaker yang ada pada Snail ini. Konsep ini dibuat oleh Won Kook Lee. Fitur lainnya ialah kemampuan untuk merakam hasil scan kemudiannya memutarkan kembali pada waktu lain. The Snail juga dilengkapi dengan bluetooth headset.

8.
bBraille Touch pertama kali telah diperkenalkan dalam acara Abilities Expo-Atlanta 2012  pada 11Februari 2012 di Georgia World Congress Centre.

9. 




Sekumpulan saintis dari Sandia National Laboratories, Livermore, Calif, telah mencipta sejenis kanta sesentuh yang mempunyai peranan yang sama seperti mata bionik. Kanta sesentuh yang memiliki litar-litar elektrik ini telah selamat diuji ke atas arnab. Satu cabaran dalam penghasilan kanta sesentuh seperti ini ialah mencari atau menghasilkan jenis logam yang sesuai digunakan untuk membuat litar supaya tidak berlaku kenaikan suhu pada litar yang boleh memudaratkan sel-sel mata. Para saintis berharap teknologi kanta sesentuh ini mampu memberi penglihatan luar biasa kepada manusia pada suatu hari nanti. Terdapat banyak ruang di dalam kanta sesentuh ini yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan keupayaan dan fungsi kanta sesentuh tersebut. Antara peralatan yang bakal dimuatkan termasuklah sistem radio berfrekuasi dan sel solar untuk mengaktifkan sistem elektronik di dalam kanta tersebut. Dengan adanya teknologi kanta sesentuh seperti ini, teknologi mata bionik dan penglihatan luar biasa mungkin bukan lagi merupakan suatu perkara yang mustahil.

10.




Alat ini dapat menukarkan format tulisan ke dalam Voice, dengan kaedah mengenalpasti jenis tulisan yang ada kemudian disesuaikan dengan peti simpanan suara mereka untuk membentuk sebuah kata mengikut susunan karakternya dan dirakam menjadi sebuah narrative voice yang  boleh dinikmati. Bayangkan hanya dengan men-scan akhbar,  novel, atau buku lain ada boleh mendengar suara yang dihasilkan oleh alat ini. Jadi alalt ini agak sesuai digunakan oleh mereka yang mengalami masalah penglihatan.



NAMA : NORZIE BT CHE NORDIN
NO MATRIK : A134610
TUTOR : RABU ( 8 - 10)
PENSYARAH : MEJAR JASMY ABD RAHMAN































Comments

Popular posts from this blog

SMK Pantai Sepang Putra, Sepang